7 Cara Penerapan Pembelajaran Secara Konsisten

Pembelajaran secara konsisten ialah pembelajaran seimbang yang menekankan dari aspek pembangunan jasmani, intelek dan rohani. Bagi memastikan penerapan ini berkesan terdapat beberapa cara yang harus ditekankan. Antaranya ialah;

1.  Kemudahan Prasarana Sekolah

Kewujudan prasarana sekolah memainkan peranan utama dalam membantu setiap pelajarnya. Semua aspek dalam prasarana ini perlu ditingkatkan untuk memudahkan setiap aktiviti persekolahan. Melalui kaedah pendedahan yang berterusan mengenai prasarana dapat meningkatkan prestasi pelajar. Antara prasarana yang harus ditekankan ialah kemudahan perpustakaan,tandas yang bersih serta kawasan permainan yang luas dan selesa.

2. Pihak Pentadbir

Pihak pentadbir wajib meningkatkan mutu pentadbiran serta kualiti pelajar-pelajar dengan mewujudkan perangkaan pentadbiran tahunan. Ketegasan terhadap kakitangan pentadbiran itu sendiri perlu ditingkatkan selalu. Antaranya ialah tindakan terhadap kakitangan yang lewat, etika pemakaian serta mutu dalam pengajaran.

3. Sumber Kewangan

Dalam memastikan kebajikan pelajar-pelajar dapat dilaksanakan dengan baik,kekuatan dari segi sumber kewangan perlu di beri perhatian serius. Aktiviti pembelajaran pelajar berkait rapat dengan sumber kewangan sekolah terbabit. Ini kerana pelajar mudah hilang angin belajar disebabkan berada di sekolah yang miskin. Antara kewangan yang melibatkan pelajar ialah bantuan pelajar miskin, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

4. Guru

Guru perlu di beri pengkhususan bagi memastikan teknik serta kawalan murid yang baik. Kaedah-kaedah terkini perlu digunapakai oleh setiap warga guru kerana kebanyakan pelajar sekarang boleh dikatakan agak moden. Sikap toleransi antara guru dan murid perlu diperkukuhkan dalam memastikan pembelajaran secara konsisten dengan berkesan.

5. Disiplin Yang Kuat

Pantauan yang kerap oleh guru disiplin terhadap pelajarnya. Kekerapan selalu oleh pemantau membolehkan kurangnya berlaku masalah hilang tumpuan bilik darjah. Kerjasama dengan bahagian kaunseling juga perlu dikuatkan bagi membentuk disiplin yang baik. Contohnya pelajar yang sederhana perlu dikaunselingkan untuk menjadi pelajar yang lebih berkualiti.

6. Cara Penyusunan Kelas

Penyusunan bilik darjah perlu terperinci untuk memastikan pelajar tidak leka. Tidak seharusnya menggunakan penyusunan bilik darjah dengan keadaan tidak teratur. Contohnya pelajar darjah enam bersebelahan dengan pelajar darjah satu.

7. Kedudukan Dalam Kelas

Wajar jika pelajar tidak diasingkan walaupun berbeza tahap pencapaiannya kerana mereka akan saling bantu membantu antara yang lain. Pelajar yang kurang baik akan terus berusaha kerana mereka tidak merasakan tersisih dari pandangan guru dan rakan lain.

Kesimpulannya, semua cara penerapan di atas harus dilaksanakan untuk memastikan pembelajaran secara konsisten dapat diteruskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *