Ketahui 6 Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Belajar

Waktu merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal, dilambatkan, dipercepatkan atau diberhentikan. Dalam aspek pembelajaran, waktu yang sesuai perlu diketahui untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Antara waktu-waktu yang sesuai ialah:

1.Waktu Sebelum Subuh.
Di antara pukul 4-6pagi adalah waktu yang sunyi dan sesuai untuk memulakan pembelajaran. Kebiasaan pada waktu itu otak manusia mempunyai tenaga yang cukup untuk berfikir. Bagi pelajar amat sesuai untuk melakukan pembelajaran yang memerlukan kepada berfikir. Antara kelebihannya dapat meningkatkan pola berfikir dan mengurangkan sel-sel otak.

2.Waktu Pagi.
Bermula dari jam 7-9 pagi adalah waktu yang baik untuk proses pembelajaran. Kebiasaan waktu ini adalah waktu yang digunakan oleh pelajar untuk belajar.Pada waktu ini,amat sesuai mempelajari berkaitan dengan topik yang berkaitan pemahaman dan daya berfikir yang tinggi kerana kecerdasan minda yang kuat dan bertenaga pada waktu tersebut.

3. Waktu Tengahari.
Pada waktu ini amat sesuai melakukan aktiviti pembelajaran yang melibatkan penulisan. Perlu diketahui antara jam 3-5 petang sahaja.Sekiranya melebihi masa tersebut,kepenatan akan dialami oleh minda.Secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada diri pelajar terbabit. Antaranya ialah kemurungan, keletihan dan kemalasan yang berpanjangan.

4.Waktu Malam Sebelum Tidur.
Amalkan mengulangkaji satu jam sebelum tidur. Pada waktu ini sesuai untuk mengulangkaji topik-topik yang pernah atau belum diajar oleh guru.  Jika pendekatan ini sentiasa diamalkan oleh seseorang pelajar maka akan mendapat pencapaian yang baik dalam pelajarannya.

5.Waktu Petang Selepas Bersukan.
Selepas bersukan adalah waktu yang sesuai untuk belajar. Perkembangan saluran pernafasan, ketenangan dalam otak dapat dilepaskan melalui bersukan. Secara tidak langsung menaikkan kekuatan minda. Pada waktu ini, sesuatu pelajaran yang dipelajari akan menjadi mudah untuk diingati. Amalan ini amat baik bagi membantu pelajar dalam pelajarannya.

6.Selepas Mandi Air Kolam Panas.
Pengurangan gula dalam darah dapat dikurangkan melalui proses ini. Secara tidak langsung memberi kesegaran kepada tubuh dan minda seseorang itu. Proses ini amat sesuai bagi pelajar sekolah khususnya kerana ia dapat meningkatkan tumpuan dan kemampuan belajar seseorang itu. Kesannya,tumpuan yang baik dapat diteruskan semasa belajar.

Kesimpulannya.
Pemilihan waktu yang baik amat penting untuk belajar. Oleh yang demikian, waktu-waktu tersebut harus dititikberatkan dari awal sehingga tamat persekolahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *