Kenangan Seharian Di masukkan ke Wad di Andorra Women & Children Hospital

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah syukur, saya diberikan kesempatan merasai pengalaman ini, walaupun masih belum melahirkan bayi buat masa ini. Doakan yang terbaik untuk saya ya. 😊
Untuk makluman, saya dijadualkan untuk mendaftar pada 3 Julai 2018, pukul 8.00 pagi. Disebabkan masih tiada gesaan yang kuat, jadi waktu mendaftar itu, lewat la sikit. Sempat pergi makan dulu. Hehehe. (Jangan ditiru perangai ini)
Ketika proses pendaftaran, caj untuk deposit adalah sebanyak RM1000.
Kemudian saya dibawa menaiki kerusi roda ke wad Antenatal. Walau bagaimana keadaan anda, jangan risau. Anda masih akan dibawa menaiki kerusi roda kerana itu adalah prosedur mereka. Alhamdulillah..
Keadaan wad adalah sangat selesa. Saya memilih pakej 4 bedded dan kebetulan diletakkan bersebelahan dengan bilik air. Sangat dekat. Kemudian, terus datang wakil untuk mendapatkan senarai menu pilihan. Banyak pilihan menunya, bermula daripada starter, main course dan juga dessert. Rambang mata weh.  Yang ni tak sempat nak snap gambar. Maaf. hehehe.
Comelkan Katil Nih
Comelkan Katil Nih
Maafkan beg itu. Hahaha, sentiasa menemani ke masa sahaja. Sebenarnya kerusi itu disediakan buat peneman. Untuk 4 bedded, suami tidak dibenarkan menemani isteri selepas pukul 10 malam. Kalau nak peneman, boleh minta ibu atau anak perempuan (yang dah besar la, jangan minta anak 6 tahun teman pulak)
Antara kit yang diberikan, untuk si ibu. Kertas dan pensel untuk menanda carta pergerakan bayi.
Saat yang tidak dijangka, datangnya Mak Yam, membantu memberikan kata-kata semangat, tips penyusuan, dan cara – cara yang betul sewaktu meneran melahirkan bayi. Yang paling best, Mak Yam datang membantu membacakan doa untuk memberikan semangat melalui proses tersebut.
Seperti biasa, di mana – mana hospital, saat dimasukkan ke wad, diadakan sesi orientasi untuk membantu memudahkan kita untuk menggunakan segala kemudahan yang disediakan.
Haa, ini adalah saat yang paling dinanti – nantikan. Saat doktor round wad. hehehe. Seronok, dan tenang bila nampak kehadiran Dr. Khamsiah. Seusai pemeriksaan, saya dibenarkan discaj daripada wad dan berehat di rumah. Alhamdulillah, sekejap sahaja.
Alhamdulillah, berkesempatan merasai hidangan tengahari yang disediakan oleh kru Chef Zubir.
Amacam? ni menu untuk makan tengahari yang dipilih oleh saya
Amacam? ni menu untuk makan tengahari yang dipilih oleh saya
tak ingat nama menu ni, rasanya; tidak mengecewakan
Buah – buahan wajib ada dalam menu saya, hehehe
Salad yang sangat menyegarkan.
Signature Chef Zubir
Total kos hari ini,termasuk makanan, wad, nursing dalam RM200++. Pengalaman kali pertama ini sangat bermakna. Diharapnya pengalaman selepas ini juga akan menjadi lebih bermakna. Doakan saya ya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Andorra, boleh juga melawat laman sesawang mereka : http://www.andorra.com.my/

1 thought on “Kenangan Seharian Di masukkan ke Wad di Andorra Women & Children Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *