Petua Tips

6 Faedah Dari Pembelajaran Secara Berkumpulan

Pembelajaran berkumpulan merupakan teknik dan kaedah yang berkesan bagi setiap pelajar. Oleh yang demikian, penilaian perlu dilakukan untuk mencari faedah tersebut. Antara faedah dari pembelajaran berkumpulan ialah;1. Pengalaman Hidup

Sesuatu perkara yang baru sentiasa ditemui oleh pelajar selepas menggunakan teknik belajar secara berkumpulan. Perkara yang pernah mereka alami sendiri dapat dikongsikan bersama kawan-kawan mereka. Contohnya perkara berkaitan kemalangan jalan raya, samun dan sebagainya. Melalui pengalaman ini juga boleh dijadikan pedoman untuk generasi akan datang sama ada untuk keturunan sendiri atau generasi muda.

2. Peluang Pekerjaan

Dengan melalui pembelajaran ini percambahan idea dalam menguruskan kehidupan harian semakin bertambah. Mereka sering bertukar kemahiran sesama mereka Hasilnya sikap bergantung kepada orang lain semakin berkurangan. Peluang pekerjaan mengikut bidang masing-masing semakin terbuka. Ini kerana pembelajaran ini secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dalam kemahiran yang diminati. Kesannya, kadar pengangguran dalam negara dapat dikurangkan.

3. Menjimatkan Kos

Kekurangan membeli bahan bacaan dapat dikurangkan berbanding dengan berada di rumah. Perkongsian maklumat semakin bertambah melalui pembelajaran ini. Pertukaran bahan-bahan bacaan terutama kepada pelajar sekolah dapat diteruskan. Hasilnya kewangan ibu bapa dalam pelajaran anak-anaknya dikurangkan.

4. Keperluan Hidup

Dunia yang memerlukan orang yang bijak pandai melalui pembelajaran. Dengan ini keyakinan diri pelajar-pelajar semakin bertambah. Selain itu sebagai sumber ekonomi pada masa akan datang. Bagi membuahkan hasilnya itu adalah dengan menjadi orang yang berpelajaran. Pergaulan dalam masyarakat juga dapat ditingkatkan.Tujuan ini amat penting untuk mengelakkan generasi akan datang tidak mengetahui orang di sekelilingnya sama ada kawan atau lawan.

5. Mengenalpasti Kelemahan Diri

Kelemahan diri dapat dikenalpasti melalui pembelajaran. Secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam mana-mana matapelajaran yang lemah.Kebosanan dapat dikurangkan dengan aktiviti pembelajaran terutama bagi perempuan. Tidak kesemua pelajar perempuan sukakan aktiviti permainan seperti lelaki. Sikap rajin berusaha juga dapat disemai apabila sudah mengetahui apa yang kekurangan dalam diri masing-masing.

6. Semangat Kerjasama Serta Memupuk Nilai Toleransi.

Hubungan dapat di eratkan melalui kerjasama sesama mereka terutama melibatkan penbelajaran secara berkumpulan. Pengawalan emosi dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut yang membabitkan pelbagai kerenah dari kawan-kawannya. Lahirnya pelbagai idea baru. Cantuman dari idea kawan-kawannya membawa mereka menjadi lebih jauh untuk berjaya.

Kesimpulannya.

Pembelajaran berkumpulan perlu dilakukan dengan sebaik terutama bagi pelajar. Oleh itu, marilah sama-sama mengamalkannya kerana ia kaedah terbaik untuk berjaya dalam matapelajaran.

Leave a Reply