Resepi

Cara Masak Bubur Nasi Yang Sedap dan Cepat

Perkongsian tentang Cara Masak Bubur Nasi Yang Sedap, Cepat yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1 pot (cawan beras)
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • Serbuk pati ayam / kiub ayam / ikan bilis (terpulang)
  • Sedikit isi ayam di racik halus
  • Air secukupnya
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
  • Bawang goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Sedikit minyak bijan

Cara membuat:

1. Basuh beras sebersih-bersihnya dan toskan

2. Part masak nasi, sediakan sejumlah adunan pati ayam / ikan bilis / kiub ayam dan kesemua bahan-bahan rempah diatas untuk dimasak sekaligus bersama beras tadi.

3. Apabila bubur hampir masak, masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.

4. Waktu ni bau minyak bijan tadi pun dah cukup buat anda terasa lapar dan jangan lupa tutup periuk selalu.

Tips bubur nasi :

* Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1 jam), selepas itu tumbuk sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur yang halus sedikit.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *