Resepi

Ketahui Cara Masak Kari Ayam Paling Simple

Perkongsian tentang Ketahui Cara Masak Kari Ayam Paling Simple yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 12-14 ketul ayam
  • 2 biji kentang – potong 4
  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih hiris nipis
  • 3 inci halia hiris halus
  • 2 asam keping
  • 3-4 sudu air perahan asam jawa
  • 1 cawan santan kelapa
  • Air secukupnya
  • 10 sudu besar rempah kari Babas – extra chilis
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • Gula
  • Garam secukupnya

Cara membuat:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai nampak garing kekuningan

Kemudian masukkan segala rempah kari, kulit kayu manis, biji pelaha, bunga lawang dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

Masukkan pula ayam dan biarkan sampai ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan dan terus perlahankan api. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *