Resepi

Resepi Kebab Special DIY

Perkongsian tentang Resepi Kebab Special DIY yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Daging burger Ramli
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram, sedikit rempah kari daging (optional)
  • Carot
  • Timun
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Roti pita
  • Mayonis
  • Kobis/salad (diracik nipis, optional)

Cara membuat:

  • 1. Guna sebungkus daging beger Ramli.
  • 2. Panaskan dalam microwave kejap pastu potong dadu .
  • 3. Potong dadu carot, timun, bawang besar. Letak tomato lagi sedap.
  • 4. Jangan lupa sos ini & sedikit rempah kari daging ye ( tak suka tak payah letak).
  • 5. Panaskan bahan potong tadi.
  • 6. Letak butter ciket pon ok nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar.
  • 7. Setelah layu sikit bahan tumis tadi masukkan daging beger bersama rempah kari*(*optional ye)
  • 8. Masukkan ketiga-tiga sos tadi dan gaul rata.
  • 9. Setelah sebati masukkan sedikit garam jer.
  • 10. Sediakan roti pita dan mayonis.
  • 11. Roti pita tu kasi potong dua ye.
  • 12. Roti gardenia pun boleh.
  • 13. Sapukan disekeliling dalam roti pita dgn mayonis.
  • 14. Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
  • 15. Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos.
  • Tada!!! Siap!!

Kredit: Novel Best Novel Syiok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *