Resepi

Resepi Kuih Abok-Abok a.k.a Tepung Gomak

Perkongsian tentang Resepi Kuih Abok-abok a.k.a Tepung Gomak yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/4 air

Bahan Kulit:
150 gram tepung pulut
1/2 cawan air
sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau – digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara membuat:

Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.

Panaskan periuk yang mengandungi air.
Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye. Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual.)

Kredit: Resepi Dunia Masakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *