Resepi

Resepi Rendang Ayam Simple

Perkongsian tentang Resepi Rendang Ayam Simple yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Resepinya :

  • 1/2 ekor ayam ( dipotong2 )
  • 1 biji kelapa.. Kisar dengan 3 cawan air..amik santannya sahaja.. (atau 1 kotak kecil santan “AYAM BRAND”)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 peket kecil kerisik(jika kerisik buat sendiri masukkan 4 sdb)
  • 1 1/2 sdb gula
  • 1/2 sdb garam
  • 1 sdt serbuk perasa
  • 1 keping asam keping
  • 2 helai daun kunyit(hiris halus)
  • 1 1/2 cawan air

Bahan – bahan:

  • 18 tangkai cili kering(ikut suka pedas)
  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bwg putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 3-4 batang serai
  • 1 cawan minyak masak
  • ( Kisar semua bahan ni yer..rendam cili kering dengan air panas dan toskan..kisar cili+minyak masak dahulu..baru masukkan bahan lain sedikit demi sedikit..kisar halus)

Cara Membuat:

  • Masukkan bahan kisar dalam kuali..masukkan gula,garam,bahan perasa,asam keping,kerisik dan daun limau purut..masak hingga betul2 naik minyak dan pes rendang elok masak..
  • Masukkan santan dan air..bila dah mendidih masukkan ayam..
  • Apabila ayam nak lembut taburkan daun kunyit..bila kuah dah pekat sesuaikan rasa..siap
  • (boleh cedok buang lebihan minyak dalam rendang)

Kredit: MARIANA ZAINAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *