Resepi

Resepi Sambal Tumis Sardin Goreng

Perkongsian tentang Resepi Sambal Tumis Sardin Goreng yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1. 1 tin sardin -diasingkn sos & ikan
  • 2. Bawang merah* 3 biji
  • 3. Bawang putih* 3 ulas
  • 4. Cili padi – 4 biji (dihiris)
  • 5. Cili merah besar – 1 biji (dihiris)
  • 6. Air asam jawa
  • 7. Bawang besar holland – 1/2 labu (dihiris)
  • 8. Cili kisar – (3-4 sudu besar)
  • 9. Sedikit air

Cara membuat:

1. Goreng terlebih dahulu ikan sardin dengan sedikit minyak (goreng hingga garing & toskan)

2. Tumbuk bawang putih & bawang merah

3. Panaskan kuali (boleh guna minyak bekas goreng ikan tadi)

4. Tumiskan bahan tumbuk bersama cili kisar & biarkan hingga pecah minyak

5. Bila sudah pecah minyak, masukkan sos sardin + air asam jawa & sedikit air (biarkan mendidih)

6. Masukkan bawang besar holland yang telah dihiris + cili padi + cili merah besar hiris kemudian perasakan

7. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng (biarkan mendidih)

8. Bila dah masak bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidang makan dengan nasi panas & telur dadar

Kredit: Adila Razak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *