Resepi

Resepi Udang Diraja

Perkongsian tentang Resepi Udang Diraja yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan dikisar :

  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang lada cili
  • 3 sudu lada kering kisar

Bahan – bahan lain:

  • Udang galah / udang kulit putih etc
  • 2 batang serai dititik
  • Daun kunyit dihiris halus
  • 2 keping Asam keping
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara Membuat:

  • Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jgn lama sangat, nanti udang tak fresh.

Kredit: suhaiza binti haji sukardi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *