Info Umum

TM ONE LEAP Summit 2019

Baru baru ini, pada 5 November 2019 bertempat di KL Convention Centre thelah dianjurkan acara gilang gemilang yang merupakan suatu acara signature tahunan daripada TM ONE, TM ONE LEAP Summit 2019.

Apa itu TM ONE?

TM ONE merupakan salah satu cabang perniaagaan di bawah bumbung gergasi telekomunikasi di Malaysia, iaitu Telekom Malaysia. Sebut sahaja Telekom Malaysia, siapa tidak kenal,bukan? Kita semua membesar dengan jenama Telekom Malaysia.

Di pelosok desa, telefon awam, semuanya Telekom Malaysia, bukan. Masih ingatkah kalian akan duit syiling, kad telefon yang kita gunakan dahulu untuk membuat panggilan, sebelum tersebarnya penggunaan telefon bimbit?

Ok, kita kembali kepada TM ONE. TM ONE fokus kepada “hyperconnected connectivity“. Pemudahcara dan membantu menjadi penyedia solusi terbaik terhadap perniagaan anda. Ya, fokus kepada perniagaan. Termasuklah Data Centre, Cloud, dan banyak lagi.

Mereka juga terlibat dalam membantu merealisasikan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan juga 5G. Untuk maklumat lanjut boleh merujuk di https://www.tmone.com.my

Apakah itu TM ONE LEAP Summit

Merupakan acara tahunan, LEAP Summit 2019 merupakan suatu hadiah dan sebagai tanda apresiasi daripada TM ONE kepada pelanggan setia mereka. Key Note Speaker, Industry Sharing dan Panel discussion merupakan sessi yang ditunggu-tunggu. Apalagi bilamana ia melibatkan perkongsian berkaitan pasaran semasa, permintaan semasa dan juga apa yang boleh dilakukan.

Ya, apa yang boleh kita dan perniagaan yang kita terajui lakukan untuk sama-sama seiring dengan pasaran global. Jadi, buat pelanggan setia TM ONE, jangan lepaskan peluang sekiranya TM ONE LEAP Summit ini dianjurkan lagi pada tahun hadapan tau. Hehehehehe.

Kalau nak saksikan apa sebenarnya yang terjadi, boleh saksikan di sini ya. https://www.tmone.com.my/leapsummit2019#watchlive

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan TM ONE, jangan lupa ikuti mereka di Twitter, LinkedIn. Search TM ONE ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *