Petua Tips

Amalkan 7 Cara Menjadikan Pembelajaran Secara Kondusif

Pembelajaran secara kondusif ialah pembelajaran yang tenang dan baik yang merangkumi semua aspek dalam aktiviti pembelajaran. Untuk merealisasikannya, pelbagai cara yang perlu digunakan. Antara cara-cara tersebut ialah :

1. Suasana Kelas.
Suasana yang baik menjadi faktor kepada pembelajaran yang kondusif. Faktor ini amat penting kerana sikap seseorang pelajar itu terjadi melalui suasana sekelilingnya. Sekiranya keadaan kelas yang selalu bising dapat menjadikan suasana pembelajaran tidak wujud. Dengan ini boleh mendorong ke arah sikap malas dalam diri pelajar untuk belajar.

2. Kemudahan Dalam Kelas.
Sebarang keperluan kelengkapan perlu ada di dalam setiap kelas. Kewujudan ini amat penting untuk memudahkan urusan aktiviti pembelajaran. Secara realitinya kemudahan ini adalah salah satu faktor penyumbang kepada pembelajaran secara kondusif. Antaranya kemudahan tersebut ialah peralatan asas belajar, kotak kecemasan dan sebagainya.

3. Ruang Kelas.
Secara teorinya, ruang kelas yang kecil dengan kapasiti yang padat tidak menimbulkan keselesaan kepada pelajar. Kesesuaian kapasiti pelajar di dalam kelas hendaklah mengikut keluasan sesuatu kelas. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelas tidak menjadi tersusun dan tidak teratur.

4. Udara Yang Baik.
Udara adalah sumbangan terbesar kepada pembelajaran secara kondusif. Ini kerana udara yang baik mendorong kepada perubahan sesuatu pembelajaran itu. Justeru itu, udara dan cuaca memainkan peranan penting kepada seseorang pelajar dalam melakukan aktiviti pembelajaran.

5. Pelajar Sebagai Guru.
Guru yang mempamerkan gaya pengajaran yang baik dengan menjadikan pelajar sebagai guru. Tujuannya boleh menaikkan suasana belajar yang kondusif serta mengelakkan kelas dari menjadi sepi dan sunyi. Penggayaan ini boleh meningkatkan kemahiran pelajar dalam bertutur serta keyakinan diri apabila berada di depan.

6. Sepakat.
Persepakatan dalam pembelajaran juga salah satu dari bentuk pembelajaran secara kondusif.Tidak sukar untuk menjadikannya sebagai realiti kerana sudah menjadi kebiasaan kepada pelajar untuk mengikut arahan guru. Bagi menjadikan persepakatan ini berterusan, guru perlu menggunakan kaedah-kaedah yang boleh memberi penarikan kepada pelajar-pelajarnya. Antara kaedahnya ialah memberi cenderahati, pujian atau sebagainya.

7. Nasihat.
Sentiasa memberi nasihat.Peranan ini perlu dilakukan oleh guru terhadap pelajarnya. Guru tidak seharusnya mempunyai sifat putus asa untuk terus memberi nasihat kepada pelajarnya kerana nasihat yang digunakan oleh guru sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada diri pelajar terbabit. Antara bentuk nasihat yang perlu digunakan oleh guru ialah memberi galakan, dorongan serta bimbingan.

Kesimpulannya.
Setiap guru dan pelajar memainkan peranan penting dalam menjadikan pembelajaran secara kondusif. Oleh itu, penerapan cara-cara tersebut perlu diamalkan di dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan.

Leave a Reply