Teknik mengajar yang kreatif dan inovatif perlu ada pada seseorang guru. Teknik yang baik diperlukan untuk melahirkan pelajar yang yang baik dan berkualiti sama ada dari segi akademik atau bidang kemahiran. Antara teknik-teknik mengajar yang baik ialah :
1. Teknik Berceramah
Teknik tradisional yang selalu digunakan sejak turun temurun. Kemahiran bertutur dan kecekapan yang tinggi diperlukan dalam teknik ini. Kebiasaan teknik ini boleh memberi kefahaman yang baik kepada pelajar. Pelajar dapat melatih diri membuat catatan nota melalui huraian gurunya. Antara kkelebihanteknik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelejarnya.
2. Teknik Soal Jawab
Kewujudan interaksi yang tinggi diantara guru dan pelajar melalui teknik ini.Teknik ini memberi keyakinan diri kepada pelajar untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Ini memberi kesan positif kepada pelajar untuk lebih berdaya saing dengan rakan-rakannya. Latihan berfikir dapat dilatih melalui teknik ini sekaligus menaikkan potensi pelajar terbabit dalam matapelajrannya.
3. Teknik Berbincang
Teknik ini selalu digunakan oleh guru.Teknik ini mewujudkan suasana keseronokan kepada pelajar untuk belajar. Menggunakan aras-aras pembelajaran tertentu di dalam teknik sama ada aras rendah, sederhana dan tinggi.
4. Teknik Latih Tubi
Penggunaan teknik ini bertujuan mendapatkan pengukuhan dan mengekalkannya. Kebiasaan teknik ini melibatkan pendengaran, memerhati, mengingati serta melakukan sesuatu tugasan. Teknik ini sesuai digunakan untuk matapelajaran tertentu. Antara contoh matapelajaran bahasa melayu, matematik dan sebagainya.
5. Teknik Inkuiri
Teknik ini biasa dilakukan oleh guru iaitu guru berada di depan dan membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil. Ini dapat melatih pelajar untuk berdikari dengan sendiri tanpa mengharapkan sepenuhnya daripada gurunya. Kelemahan pelajarnya dapat dilihat melalui teknik ini sekaligus memudahkan gurunya mencari jalan untuk mengatasi kelemahan terbabit.
6. Teknik Eksperimen Dan Demonstrasi
Penggunaannya sesuai untuk matapelajaran tertentu. Teknik ini memudahkan pelajar untuk memahami dengan cepat dan mengkaji sesuatu dari kefahamannya itu.Bagi yang melibatkan kemahiran teknik ini amat sesuai digunakan. Pemilihan idea yang baik oleh guru amat penting untuk merealisasikan teknik ini sekaligus meningkatkan daya kemampuan seseorang pelajar.
7. Teknik Bimbingan
Teknik ini melibatkan keseluruhan oleh murid tetapi di bawah seliaan guru. Kebiasaan teknik ini digunakan untuk pelajar yang bermasalah. Melalui teknik ini akan menaikkan prestasi pelajar dengan baik sama ada bidang akademik atau yang melibatkan sosial.Berjaya atau gagalnya seseorang guru itu akan dapat dinilai melalui penggunaan teknik ini kerana teknik memerlukan daya tahan fizikal dan mental untuk dilaksanakannya.
Kesimpulannya
Warga guru hendaklah menjadikan teknik-teknik ini sebagai asas dalam pengajarannya. Panduan perlu diterapkan oleh semua guru bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.