Resepi

Resepi Kek Coklat Lapis Nutella

Perkongsian tentang Resepi Kek Coklat Lapis Nutella yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan A:

  • 3biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cwn gula

Bahan-bahan B:

  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu baking powder

Cara membuat:

  • 1-Pukul bahan A selama lebih kurang 5 minit.
  • 2-Ayak bahan B.
  • 3-Masukkan bahan B ke dalam bahan A.
  • 4-Pukul sekata.
  • 5-Sapukan sedikit minyak pada loyang pengukus. Tapiskan adunan & tuang ke dalam loyang.
  • 6-Kukus selama 40 minit.
  • 7-Setelah kek siap masak, tunggu sejuk terlebih dahulu, baru lah dipotong.
  • 8-Potong kek 3bahagian secara melintang, sapukan nutella. Lekatkan semula ketiga-tiga bahagian kek.

Siap.
Sedia untuk dinikmati.
Semoga bermanfaat.

Kredit: Resepi Dunia Masakan

Leave a Reply