Petua Tips

Ketahui 6 Tip Mengajar Dan Belajar Di Dalam Kelas

Umumnya untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran di dalam kelas perlu kepada tip-tipnya tersendiri. Antara tip-tipnya ialah:

1. Pastikan Tidur Yang Mencukupi

Paling kurang waktu tidur bagi seseorang pelajar 7-9 jam sehari. Kurangnya tidur menyebabkan seseorang pelajar itu mudah berasa mengantuk di dalam kelas. Secara tidak langsung menyebabkan pengeluaran hormon stress dan gangguan emosi terjadi. Kawalan ketat oleh ibu bapa terhadap anak-anaknya perlu bagi mengelakkan anak-anaknya menjadi lesu di dalam kelas nanti. Antara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa terhadap kawalan penggunaan telefon bimbit, TV dan mengambil tahu dengan siapa kawan anak-anaknya.

2. Pastikan Kedudukan Posisi Tubuh Yang Betul

Kedudukan posisi tubuh yang tidak betul menyebabkan gangguan psikologi terjadi. Secara tidak langsung menyebabkan terjejasnya tumpuan kepada pelajaran. Jangan sering melakukan pergerakan kaki atau membuat kedudukan paha menyilang. Ini boleh menjadikan sel-sel otak menjurus kepada kesyokkan itu sendiri. Terlalu menegakkan badan juga boleh menyebabkan terjadinya sakit-sakit otot belakang. Gaya ini perlu diubah oleh semua pelajar khususnya.

3. Banyakkan Minum Air Suam

Minum air suam di awal pagi perlu diamalkan oleh pelajar untuk membaik pulih proses pengaliran darah, pencernaan makanan dan mengatasi masalah sembelit. Bagi pelajar dewasa, proses ini amat baik untuk menurunkan berat badan kerana ia boleh menaikkan metabolisme badan dan mengeluarkan haba dalam badan. Proses ini juga boleh menjadikan kulit lebih licin dan anjal.

4.Teknik Pengajaran Guru

Penggunaan teknik yang baik perlu dalam memastikan pembelajaran mencapai objektifnya. Seseorang guru hendaklah mengetahui cara-cara yang perlu dilakukan dalam setiap pengajarannya. Pengubahan teknik dan kreativiti yang baik mengikut kesesuaian keadaan perlu dipelajari oleh warga pendidik. Antara contohnya pengubahan dari teknik ceramah kepada teknik berbincang atau sebagainya.

5. Ulang Topik Yang Pernah Diajar

Seseorang pelajar mampu mengingati semula apa yang dipelajarinya yang lepas, sekiranya ulangkaji dilakukan. Tips ini amat penting bagi guru dalam memastikan kekuatan ingatan pelajar-pelajar. Kekurangan waktu belajar dirumah juga menjadi faktor utama pengulangan topik dilakukan. Ini dapat membentuk diri pelajar untuk belajar menghargai waktu. Ketidakpandaian pelajar memilih matapelajaran yang perlu belajar dapat diselamatkan melalui tips ini,.

6.Banyakkan Penggunaan Eye Contact

Serangan psikologi ke atas pelajar melalui penggunaan eye contact perlu digunakan oleh guru. Penggunaan ini mampu mengawal tingkahlaku pelajar-pelajar yang membuat gangguan kepada kawannya yang lain. Bagi pelajar yang kurang normal atau pelajar khas, penggunaan ini mampu menterjemahkannya kepada kefahamannya. Justeru itu, wajar sekiranya tips ini sentiasa digunakan oleh guru ketika aktiviti pengajarannya berlangsung.

Kesimpulannya

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru sebagai panduan persedian sebelum dan selepas memulakan pelajaran. Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika mampu mengaplikasikan tip ini dengan betul.

Leave a Reply