Resepi

Resepi Masak Ikan Bakar Special

Perkongsian tentang Resepi Masak Ikan Bakar Special yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • * Ikan bawal
  • * Daun pisang
  • * 1 inci lengkuas
  • * 1 inci halia
  • * 2 batang serai
  • * 3-4 ulas bawang putih
  • * Serbuk kunyit
  • * 1 labu kecil bawang besar atau bawang merah
  • * 2 senduk cili kering kisar
  • * Lada hitam – optional
  • * Belacan – optional

Cara membuat:

  • 1. Kisar semua bahan hingga sebati – kecuali ikan dan daun pisang.
  • 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  • 3. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya. Masak hingga garing dan ketepikan.
  • 4. Letakkan ikan di atas daun pisang.
  • 5. Lumurkan pes pada ikan dan balut ikan.
  • 6. Panaskan kuali leper atau non-stick.
  • 7. Bakar sebelah bahagian dahulu, kemudian terbalikkan. Bakar hingga masak.
  • 8. Kemudian boleh hias mengikut kesukaan.

Kredit: Mohd Faisel Ab Halim

Leave a Reply