Perkongsian tentang Resepi Sup Ayam Sedap dan Simple yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.
Bahan-bahan :
- 5-6 ketul ayam (potong je kecik-kecik)
- 1 biji bawang besar (potong 4)
- 5 ulas bawang putih (ketuk)
- 1 inci halia
- 1 sup bunjut
- 1 biji carrot
- 2 biji tomato
- 2 biji kentang
- 1-2 helai daun ketumbar (ini daun memang bagi terangkat kaw-kaw punye)
- Air secukupnya
- Garam
- Daun sup
- Daun bawang
- Batang saderi
Cara membuat:
Masuk kan je semua tu kecuali totamo, daun sup, daun bawang, daun ketumbar & batang saderi. Tutup periuk, reneh dengan api perlahan sahaja.
Nanti dah nampak mendidih sikit agak-agak lagi 2-3minit nak tutup api. Barulah di masukkan kesemua baki sayur kedalam sup.
Sayur ni memang elok masak half cook sebenarnya. Nutrien dia tak mati.