Petua Tips

Ketahui 6 Cara Membuat Jadual Waktu Belajar Yang Terbaik

Cara pembelajaran yang betul ialah satu kaedah yang amat penting yang perlu ada dalam proses pembelajaran. Bagi mencapai sesuatu kejayaan, pelbagai cara yang digunakan untuk membuat jadual waktu belajar. Antara cara-caranya ialah :

1. Amalkan Belajar 30 Minit Selepas Makan.

Bagi sesetengah pelajar yang suka belajar selepas makan adalah lebih baik kerana pada waktu itu sel otak dapat berfungsi dengan sempurna.Tenaga yang dikumpulkan melalui pemakanan yang dimakan akan memberi tenaga kepada sel-sel otal untukmenerima maklumat secara terus bagi menghantarnya kepada penyimpanan memori.Kesannya dapat memberi tenaga yang baik untuk belajar melebihi tiga jam.

2. Lihat Matlamat Diri.

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai. Tujuannya bagi memastikan jadual yang dibuat berjalan dengan baik dan teratur.Pastikan usaha yang seimbang dengan matlamat yang ditetapkan. Ini bagi mengelakkan hasil yang dituai tidak setimpal dengan usaha yang dibuat. Oleh yang demikian,matlamat amat penting dalam sesuatu jadual belajar yang akan dilaksanakan.

3. Masa Bermain Hanya Satu Jam.

Mengoptimumkan penggunaan masa dapat mengelakkan dari membuat sesuatu perkara yang tidak melibatkan aktiviti pembelajaran.Hal ini kerana jadual yang dibuat perlu diikuti dengan sebaiknya untuk mengelakkan dari menjadi sia-sia. Singkatkan masa bermain dan lebihkan masa belajar. Sesuatu pencapaian perlu diikuti dengan pengorbanan besar.

4. Tumpu Subjek Yang Lemah.

Tumpuan dengan melebihkan subjek-subjek yang lemah perlu untuk memastikan tidak ketinggalan dalam subjek tersebut. Tanamkan minat pada subjek itu.Ini secara tidak lansung dapat melatih diri supaya berusaha untuk lebih baik lagi dalam subjek itu.Sifat ini perlu diteruskan setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam matapelajarannya.

5. Tidak Tangguh Kerja.

Setiap kerja rumah yang diperolehi perlu disiapkan dengan segera.Pastikan dalam jadual mempunyai waktu untuk kerja rumah. Psikologi akan terjadi dengan sendirinya sekiranya banyak kerja ditangguh. Untuk memastikan kerja tidak tertangguh, pastikan catatatan nota dibuat setiap kali kerja diperolehi. Ini untuk mengelakkan dari sifat terlupa.

6. Biasakan Belajar Setiap Hari.

Keazaman yang kuat diperlukan untuk memastikan hal ini terjadi.Bukan hal yang mudah untuk sentiasa berterusan dalam aktiviti pembelajaran. Oleh itu,tip-tip yang baik perlu bagi merealisasikannya,antaranya ialah guna kata-kata cogan atau gambar individu yang boleh dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha. Faktor-faktor ini amat penting untuk usaha yang berpanjangan.

Kesimpulannya.

Pelbagai cara perlu digunakan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh yang demikian,amat wajar sekiranya pelajar-pelajar menjadikan tip-tip tersebut sebagai panduan dalam setiap pembelajaran mereka.

Leave a Reply