Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah ungkapan seringkali kita dengari dari zaman berzaman. Dalam konteks pembelajaran, persoalan selalu bermain difikiran kenapa perlu kepada belajar dari awal kanak-kanak sehingga dewasa. Antara sebab kenapa perlu belajar ialah:
1.Menjamin Kebahagiaan Hidup.
Faktor genetik yang menjadi salah satu kepada berlakunya pembelajaran ini. Melalui faktor ini dapat melahirkan seseorang bijak pandai dalam bidang pendidikan. Keadaan suasana juga menjadi faktor kepada jaminan masa depan. Ini menunjukkan bahawa suasana keadaan sekeliling faktor kepada kebahagiaan hidup.
2.Meningkatkan Daya Ingatan.
Pentingnya kekuatan ingatan boleh dicapai melalui pembelajaran. Secara tidak langsung dapat menjadikan minda yang cergas dan tangkas dalam sesuatu pemahaman dan penyelesaiannya. Kadar pertumbuhan fizikal yang sepadan dengan daya fikiran yang dimiliki. Sekiranya keadaan tidak stabil, kekurangan pada bahagian minda boleh terjadi. Akibatnya sesuatu penyakit akan dialami oleh seseorang itu seperti terencat akal atau sebagainya.
3.Peningkatan Daya Saing.
Persaingan yang banyak dalam ilmu pembelajaran menyebabkan berlaku proses persaingan. Proses ini tidak akan berhenti bahkan semakin meningkat kerana kemajuan dunia yang semakin meningkat. Arus perdana yang serba canggih perlu dipelajari dan bagi mengelakkan dari kemunduran, persaingan dalam pembelajaran perlu ditempuhi dengan jayanya.
4.Belajar Dari Kesilapan.
Setiap perkara yang silap harus diperbetulkan melalui pengalaman. Sekiranya tidak melalui pembelajaran nescaya kesilapan yang sama sering terjadi. Pengalaman yang baik akan terus diperbaiki untuk menjadi lebih baik begitu juga dengan sebaliknya.
5.Pelaburan Masa Depan.
Bagi melahirkan masyarakat berkualiti adalah melalui pelaburan yang baik.Anak-anak perlu dididik dari awal sehingga dewasa dengan ilmu pengetahuan. Proses ini adalah pelaburan bagi masa hadapan dalam melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
6.Mencapai Cita-Cita.
Melalui pembelajaran juga boleh tercapainya cita-cita yang dikehendaki. Usaha yang kuat perlu dibentuk dalam diri untuk mencapai sesuatu keinginan. Tidak akan ada sesuatu keinginan tanpa melalui pembelajaran. Kewujudan cita-cita ini berkait rapat dengan pembelajaran sama ada berkaitan vokasional mahupun akademik.
Kesimpulannya.
Seseorang itu perlulah menyemai sikap suka belajar di dalam diri.Oleh yang demikian, jadikanlah sikap suka belajar sebagai rutin dalam setiap kehidupan harian.