Petua Tips

Amalkan 6 Adab-Adab Ketika Belajar Untuk Ilmu Lebih Berkat

Adab adalah nilai keperibadian seseorang melalui tingkah laku, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun seseorang. Melalui adab tersebut dapat dilihat baik atau buruknya perangai seseorang itu. Dari aspek pembelajaran, adab dengan pembelajaran berkait rapat di antara satu sama lain. Bak kata pepatah melayu bagai aur dengan tebing. Antara adab-adabnya ialah:

1. Menghormati Guru

Persefahaman dalam pembelajaran dapat diwujudkan sekiranya seseorang pelajar itu mengamalkan sikap hormat kepada gurunya. Penggunaan bahasa yang baik dengan guru amat digalakkan untuk mengelakkan mood guru berubah. Oleh itu tidak wajar pelajar menyakiti guru dengan kata-kata kurang sopan. Setiap pelajar perlu mengikut semua arahan guru walaupun dalam keadaan letih atau malas. Ini kerana setiap arahannya untuk kebaikan diri pelajar itu sendiri.

‎2. Memastikan Peralatan Belajar dibawa

Peralatan dalam pembelajaran amat penting dalam sesuatu pembelajaran. Ia boleh dikategorikan sebagai tulang belakang kepada tubuh manusia. Tujuannya dapat menjadikan seseorang pelajar itu dapat mencapai objektif pembelajaran tersebut. Bukan itu sahaja, peralatan pembelajaran boleh dikatakan sebagai alat ukuran kepada seni dalam diri pelajar sama ada bidang kemahiran atau akademik. Antara contoh peralatan pembelajaran ialah alat pertukangan bagi bidang kemahiran, pen, buku, pemadam, pensil dan sebagainya.

3. Berpakaian Kemas

Pakaian amat penting ketika waktu belajar. Seseorang pelajar mudah terkena serangan psikologi sekiranya tidak menampakkan dirinya sebagai pelajar. Sikap ibu bapa yang kurang prihatin dalam bab kebersihan anak-anaknya menyebabkan diri anak-anaknya rasa terganggu. Disebabkan ini, kesan buruk akan berlaku kepada pelajar terbabit antaranya ialah pemulauan oleh rakan-rakannya serta menyebabkan bau yang kurang selesa kepada rakan lain.

4.Memberi Tumpuan 100%

Tumpuan perlu diberi 100% dalam sesuatu pembelajaran. Kurangnya tumpuan seseorang pelajar itu menyebabkan berlaku kegagalan dalam matapelajaran terbabit. Kawalan kelas dalam aktiviti pengajaran guru perlu dilakukan sebaik mungkin. Guru perlu mencari jalan alternatif lain untuk mengekalkan tumpuan pelajar-pelajarnya sama ada dengan aktiviti menyanyi, bercerita atau lain-lain. Secara tidak langsung dapat menaikkan imej guru terbabit.

5. Tidak Tidur

Tidur yang cukup pada waktu malam amat penting untuk mengelakkan tidur ketika belajar. Peranan ini perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Perubahan jadual waktu yang merangkumi aspek kemahiran dan pemahaman juga perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan ini terus berulang. Ia juga membantu pelajar dari terus berasa kebosanan ketika belajar. Penjagaan makanan tidak berkolesterol, berlemak hendaklah diamalkan oleh pelajar ketika belajar. Tujuannya menjadikan minda yang kuat serta aktif ketika pembelajaran dijalankan.

6. Sikap Suka Bertanya

‎Keseronokan ketika belajar amat dirasai sekiranya sikap dua hala terjadi. Untuk menjadikannya sikap guru dan pelajar itu yang akan menentukannya. Penggunaan kemahiran berfikir hendaklah digunakan oleh guru kepada pelajar. Penggunaan kemahiran ini dapat membiasakan pelajar untuk bertanya sesuatu yang mereka tidak tahu atau faham. Sikap malu bertanya perlu dibuang dalam diri pelajar. Tujuan ini membolehkan pelajar mendapat kefahaman serta keyakinan diri ketika belajar.

Kesimpulan

Pelajar hendaklah sentiasa mengamalkan amalan-amalan tersebut bagi membantu dalam pelajarannya. Justeru itu, pelajar hendaklah menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan harian mereka.

Leave a Reply