Resepi

Resepi Rendang Pedas Ayam

Perkongsian tentang Resepi Rendang Pedas Ayam yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan-bahan :

  • 1ekor ayam dipotong kecil.
  • Bahan kisar dengan 1 cawan air
  • 12-15 ulas bawang merah rose
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari kunyit idop
  • 3 ruas jari halia
  • 1 ruas jari lengkuas
  • 2 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1 sdb ketumbar biji sangai dulu
  • 1 sdk jintan manis sangai dulu
  • 1 sdk jintan putih disangai dulu

Cara membuat:

  • Mula masukkan sedikit minyak ke dlm kuali kemudian masukkan
  • 2 batang kayu manis, goreng sekejap, kemudian masukkan bahan kisar.
  • Masak sehingga wangi,baru masukkan
  • 40-50 batang cili kering direbus dulu, kemudian dikisar, masak lagi sehingga 30 minit,
  • **(Kakchik haritu makcik masak guna 30 ja cili kering. Rebus dulu baru blend..) tak pedas sangat

Seterusnya

  • Masuk ayam (kalau tak mau ayam hancur goreng ayam setengah masak dulu)
  • Tambah
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sdb gula merah
  • 1 sdb gula putih
  • 2-3 sdb kerisik,
  • Masuk
  • Daun limau purut dan (daun kunyit dihiris)
  • Akhir masukkan
  • 1/2-1 kotak kecil santan kotak
  • Masak biar mendidih sehingga ayam masak.

Kredit: Makcik Ratu‎

Leave a Reply