Resepi

Resepi Pan Grilled Dory Fish

Perkongsian tentang Resepi Pan Grilled Dory Fish yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan Perap
2 hiris isi ikan dory
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
Minyak zaiton

Bahan Lain
Jagung
Brokoli
Kobis bunga
Kacang pis
Tomato ceri
Daun salad
Lemon
Madu

Cara membuat
1. Bersihkan isi ikan dory dan perap bersama lada hitam dan sedikit garam.
2. Panggang ikan di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton. Balik-balikkan ikan sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan periuk berisi air dan masukkan jagung, brokoli, kobis bunga dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
4. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ikan sebelum dihidangkan bersama sayur yang sudah direbus dan salad mentah.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *