Resepi

Resepi Honey Lemon Chicken Pan Gril With Sweet Potato

Perkongsian tentang Resepi Honey Lemon Chicken Pan Gril With Sweet Potato yang sangat mudah. Resepi ini mudah untuk disediakan dan sangat sedap lagi sihat! Jom cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini.

Bahan Perap
1 keping dada ayam
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Minyak zaitun

Bahan Lain
Ubi jepun (oren atau ungu)
Brokoli
Kacang pis
Tomato ceri
Lemon
Madu

Cara membuat
1. Perap dada ayam dengan serbuk lada hitam dan sos tiram.
2. Panggang ayam di atas kuali dengan sedikit minyak zaiton.
3. Balik-balikkan sehingga masak sempurna.
4. Panaskan periuk berisi air. Rebus ubi jepun.
5. Rebus juga brokoli dan kacang pis. Angkat setelah 3 minit. Jangan terlalu empuk supaya nutrisi sayur kekal.
6. Perah lemon. Satukan jus lemon dengan madu. Letakkan sebagai perasa tambahan ke atas ayam sebelum dihidangkan.
7. Hidangkan hirisan ayam dengan ubi jepun, sayuran rebus dan salad mentah.

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *